Rabu, 11 Disember 2020 01:39 PM MYT
|
Oleh Bernama |
KUALA LUMPUR: Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menjadi Penaung Diraja Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental (NCMW) di Malaysia.
NCMW, yang dimulakan oleh Rotary District 3300 Action Group on Mental Health Initiatives (RID 3300) didorong oleh keperluan semakin meningkat dan mendesak untuk membantu rakyat Malaysia yang menderita pelbagai masalah berkaitan kesihatan mental, khususnya ketika pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan media oleh RID3300, Tengku Puteri Iman Afzan adalah Penaung Antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 dan pelantikan pada September lalu adalah cadangan Persekutuan Kesihatan Mental Dunia dan diakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).