ARTICLES

Kesihatan mental kanak-kanak perlu dapat perhatian serius

Sabtu, 2 Januari 2021
Oleh Tengku Puteri Iman Afzan

 

SEBAGAI salah satu persediaan dan perancangan untuk tahun 2021, saya telah membuka ruang pertanyaan di laman Instagram untuk pengikut saya mencadangkan aspek kesihatan mental patut saya fokuskan tahun hadapan. Kira-kira 80 peratus maklum balas diterima lebih mengutamakan aspek kesihatan mental dalam kanak-kanak.

Perkara tersebut merupakan saat pahit manis untuk saya, kerana ini menunjukkan bahawa isu yang saya minati turut dirasai oleh masyarakat. Namun begitu, isu ini juga menunjukkan bahawa masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak.

Beberapa kondisi kesihatan mental seperti anxiety, juga dikenali sebagai kegelisahan, bermula dari zaman kanakkanak dan belia. Kebanyakan orang dewasa sedar dan faham akan keadaan tersebut namun, kanak-kanak mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kesihatan mental.

 

Read More