ARTICLES

Wanita, pejuang dan inspirasi

Sabtu, 6 Mac 2021
Oleh Tengku Puteri Iman Afzan

 

PADA 8 Mac setiap tahun, seantero dunia menyambut Hari Wanita Antarabangsa. Ia merupakan suatu hari yang didedikasikan untuk meraikan pencapaian sosial, kebudayaan, dan politik kaum wanita. Pada Mac juga genaplah setahun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 di Malaysia.

Prevalensi masalah kesihatan mental dijangkakan akan meningkat dalam kalangan masyarakat secara mendadak apabila berhadapan dengan ketidakpastian yang belum pernah dialami sebelum ini, seperti wabak pandemik Covid-19 ini.

Saya berasa bahawa kita harus menghargai beberapa pejuang wanita kita yang masih ‘berperang’ walaupun telah mengalami tahun yang sangat mencabar.

Kita semua dinasihatkan duduk di rumah, malangnya rumah tidak semestinya sebuah tempat yang selamat untuk semua. Wanita yang melalui penderaan rumah tangga mungkin diselubungi kesepian dan berasa terperangkap. Penderaan rumah tangga sering terjadi apabila seseorang itu mengalami situasi ketidakpastian, seperti kekangan kewangan, masalah kesihatan dan lain lain.

 

Read More