KUALA LUMPUR: Penaung Antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah telah mengasaskan perusahaan sosial yang dinamakan, Green Ribbon Group untuk membantu menggerakkan agenda kesihatan mental di Malaysia.

Green Ribbon Group dalam kenyataan hari ini berkata penubuhan itu bertujuan memperkasakan pihak berkepentingan yang terlibat dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental monumen yang sedang dihadapi rakyat ketika ini dalam mewujudkan penyelesaian yang berdaya maju melalui advokasi, pengumpulan dana dan kerjasama.

“Tengku Puteri Iman Afzan bersemangat dan komited dalam mempromosikan kesihatan mental. Beliau percaya, kini lebih daripada sebelum ini, bahawa akses kepada penjagaan kesihatan mental adalah asas dalam memastikan kesejahteraan masyarakat kita untuk generasi akan datang, memandangkan peningkatan tekanan, kebimbangan dan kemurungan daripada isu-isu sosioekonomi yang dihadapi oleh semua akibat pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.