July 9, 2022, 07:00 MYT |
By Halina Md. Noor |
WAJAHNYA bukanlah asing dalam memperkatakan isu berkaitan kesihatan mental. Pengorbanan dilakukan sejak empat tahun lalu dalam memperjuangkan isu berkenaan melayakkan Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah diangkat sebagai Penaung Diraja Mental Illness & Awareness Support Association (MIASA). Tidak lama selepas itu Puteri Raja ini diberi penghormatan sebagai Penaung Antarabangsa untuk sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun 2020 dan 2021.…