Isu kesihatan mental tidak lagi asing di kalangan masyarakat dan wajar diberikan perhatian sepenuhnya. Topik kesihatan mental telah menjadi satu isu umum yang melanda rakyat Malaysia sebelum kewujudan Covid-19.

Malah, topik berkenaan kini semakin berleluasa semakin kita menginjak ke fasa endemik. Tanggapan masyarakat dan stigma negatif adalah cabaran utama bagi mendepani isu kesihatan mental di Malaysia.

Selaras dengan Bulan Kesihatan Mental Sedunia yang berlangsung sepanjang bulan Oktober, Suria KLCC dengan kerjasama The Body Shop menjemput masyarakat untuk bersama-sama menjadi tunjang perubahan stigmatasi isu kesihatan mental sepanjang tempoh kempen yang akan berlangsung selama sebulan.