November 18, 2022, 16:22 MYT |
By Zulfadhli Sharifudin |
Puteri sulung Yang di-Pertuan Agong, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah menerima anugerah Ijazah Kehormat ‘Doktor Universiti’ daripada Universiti Heriot-Watt Malaysia (HWUM) di Putrajaya, semalam.
Pengaungerahan tersebut disampaikan oleh Pro Canselor HWUM, Prof Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
Pengiktirafan itu bagi menghargai peranan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai seorang yang memberi inspirasi, selain dedikasi yang ditunjukkan dalam memperjuangkan kesihatan mental di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.