DERMA

Setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna untuk menyokong mereka yang mengalami masalah kesihatan mental termasuklah penjaga mereka.

Sila pilih amaun sumbangan

  • amaun lain

Sumbangan minimum RM 10.00. Dengan klik ‘Sumbang Sekarang’, anda memberi kebenaran kepada Green Ribbon Group untuk menyimpan data peribadi anda untuk e-mel susulan bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif kami.

Membantu dengan berkongsi

Pengumpulan dana yang dikongsi di rangkaian sosial meningkatkan jumlah sumbangan sehingga lima kali ganda!

Ketika ini, Green Ribbon Group sedang berusaha melaksanakan inisiatif berikut:

Dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Green Ribbon Group menyalurkan sejumlah wang untuk menubuhkan kumpulan sokongan bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan kesihatan mental dan bantuan penjaga. Kumpulan sokongan ini berada di negeri-negeri yang masih belum mempunyai kumpulan sokongan kesihatan mental. Kebiasaannya, di negeri atau kawasn inilah, kesedaran kesihatan mental berada pada tahap yang sangat rendah, dengan stigma dan prejudis yang sangat tinggi. Dalam usaha mengukuhkan sokongan psikososial dalam masyarakat, kumpulan-kumpulan ini akan dipimpin oleh mereka yang sedang berjuang dengan kesihatan mental dan penjaga mereka. Kumpulan-kumpulan ini juga wujud di unit psikiatri hospital untuk membantu mengukuhkan sumber dan mewujudkan jalinan kerjasama dengan profesional kesihatan mental.

Latihan Pertolongan Cemas Kesihatan Mental (MFHA) dijalankan oleh MMHA untuk sesiapa yang berminat mempelajari cara untuk memberi sokongan kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental (seperti kemurungan, kegelisahan, perasaan ingin membunuh diri dan membahayakan diri, penyalahgunaan bahan dan gangguan pemakanan), dan mereka yang mengalami krisis kesihatan mental (seperti serangan panik, psikosis, tingkah laku agresif, dan kesan daripada penyalahgunaan alkohol dan dadah). Green Ribbon Group sentiasa menyokong agar kesihatan mental menjadi sebahagian daripada langkah pemulihan negara daripada pandemik COVID-19. Bagi responden pertama atau mereka yang menjadi titik kontak pertama seperti ibu bapa, guru, jururawat dan pengamal am, termasuklah mereka yang terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan atau sosial, jika anda berminat dengan kursus ini, sila layari https: // mmha.org.my/mental-health-first-aid/ untuk maklumat lebih lanjut dan hantarkan e-mel kepada kami di [email protected]