FOKUS KAMI
Tingkatkan kesedaran.
Hapuskan stigma.
Sokong mereka yang melaluinya.
Sokongan
Kami percaya bahawa terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menyokong kesihatan mental, lebih-lebih lagi dengan tahap kesedaran yang rendah dan stigma yang tinggi melibatkan isu kesihatan mental. Sokongan atau advokasi inilah yang memberi peluang kepada YAM Tengku Puteri untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan utama dalam komuniti kesihatan mental. Tujuan Green Ribbon Group adalah:Mendidik masyarakat mengenai kepentingan kesihatan mental.
Memupuk sikap positif terhadap kesihatan mental.
Menanamkan kepercayaan bahawa cabaran kesihatan mental dapat diatasi dan diuruskan dengan baik.
Pengumpulan Dana
Kekurangan dana adalah cabaran utama dalam penjagaan kesihatan mental. Hanya satu peratus daripada keseluruhan belanjawan kesihatan nasional diperuntukkan untuk kesihatan mental. Lebih-lebih lagi, perkhidmatan kesihatan mental memerlukan kos yang tinggi. Green Ribbon Group berhasrat mewujudkan dana tersendiri daripada:
Hasil penjualan barang dan buku
Hasil daripada kerjasama yang terjalin.
Sumbangan daripada syarikat dan orang awam.
Dana terkumpul akan digunakan untuk:
Menjalankan lebih banyak program jangkauan di kawasan yang tahap kesedaran kesihatan mental adalah rendah.
Mewujudkan kumpulan sokongan atau persatuan di negeri-negeri yang mempunyai sokongan kesihatan mental yang rendah.
Menjalankan program latihan pertolongan cemas kesihatan mental untuk responden pertama iaitu mereka yang berada di titik pertama kontak.
Untuk maklumat lebih lanjut bagaimana dana ini akan digunakan, sila layari Derma.
Collaborate
We feel that leadership in mental health must be strengthened, and stakeholders from various fields should be engaged. The mental health landscape will never improve for as long as stakeholders work in silos and key players are ignored. The Green Ribbon group aims to collaborate with strategic partners to encourage more visible leadership and policy making in mental health.
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |