Kepentingan Kesihatan Mental

Kesihatan Mental
adalah Tanggungjawab Semua

Kami melihat diri kami sebagai “agregator” untuk menyatukan komuniti kesihatan mental di Malaysia melalui tiga objektif utama – untuk menyokong, mengumpul dana dan menjalin kerjasama.

PERANAN KAMI

Green Ribbon Group tidak mahu meniru inisiatif kesihatan mental yang sedia ada. Sebaliknya, kami ingin memperkasakan organisasi dan individu yang terlibat dalam meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan mental di Malaysia.
Seperti kebanyakan individu lain, YAM Tengku Puteri mengalami cabaran tersendiri dengan kesihatan mental. Sejak remaja sehinggalah kini bergelar ibu, isteri dan wanita bekerjaya. Oleh yang sedemikian, kesihatan mental selalu menjadi topik yang amat dekat di hati YAM Tengku Puteri.

CITA-CITA KAMI

Untuk menyumbang kepada ekosistem yang lebih menyeluruh bagi pendekatan kesihatan mental masyarakat yang bersifat empati dan bertaraf dunia di Malaysia.

NILAI KITA

Green Ribbon Group mempunyai nilai teras yang digambarkan melalui I CARE . Pendekatan kami adalah mudah. Mengapa kesihatan mental?

Kerana “I CARE” atau “saya peduli”.

01

Integrity
(Integriti)

Kita mesti mengamalkan kejujuran dan berpandukan prinsip moral yang kuat;

02

Commitment (Komitmen)

Kita mesti menunjukkan dedikasi terhadap inisiatif kesihatan mental;

03

Acceptance (Penerimaan)

Kita jangan menilai diri sendiri dan orang lain;

04

Respect
(Hormat)

Kita mesti saling menghormati antara satu sama lain;

05

Empathy
(Empati)

Kita mesti boleh mengenal pasti dan memahami kesusahan orang lain.