KISAH KAMI
Mengapa kesihatan mental?
Kerana saya peduli.

YAM Tengku Puteri mula aktif memberi sokongan terhadap kesihatan mental sejak tiga tahun lalu. Apa yang dimulakan sebagai kerjasama ad hoc akhirnya menyebabkan terbentuknya Green Ribbon Group dengan Puteri Nor Ariane Yasmin pada Januari 2021. Green Ribbon Group adalah perusahaan sosial yang bertujuan memperkasa pihak berkepentingan yang terlibat dalam meningkatkan kesedaran kesihatan mental melalui advokasi, pengumpulan dana dan kerjasama.
Dengan mengambil inspirasi daripada nasihat dan teladan yang diberikan oleh bapanya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Puteri bertekad melakukan perubahan positif yang sebenar dan berkekalan dalam landskap kesihatan mental Malaysia.
Pada bulan Ogos 2020, YAM Tengku Puteri telah diundang untuk menjadi Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 oleh Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia – satu keputusan yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi-agensi lain Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Mengimbau kembali kisah lalu YAM Tengku Puteri, penubuhan Green Ribbon Group memang tepat pada masanya melalui semangat dan dedikasi yang ditunjukkan beliau terhadap kesihatan mental. Ditambah pula dengan situasi pandemik COVID-19, terdapat keperluan mendesak untuk memastikan penjagaan kesihatan mental dapat diakses oleh semua.