PASUKAN KAMI

Green Ribbon Group terdiri daripada empat wanita. Kami percaya bahawa bukan sahaja terdapat keperluan untuk meningkatkan kesihatan mental di Malaysia, tetapi juga menggalakkan pendekatan masyarakat. Kami mempunyai pelbagai latar belakang - Politik; Sejarah dan Perhubungan Antarabangsa; Psikologi; dan Pengurusan Maklumat dan Teknologi Perniagaan.

Kami mempunyai impian besar tetapi kami tidak takut untuk memulakannya secara kecil-kecilan.

YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah

“The things you are passionate about are not random, they are your calling.“ Petikan Fabienne Fredrickson ini sangat tepat dengan diri saya. Saya ingin semua orang rasa yang diri mereka berharga dan mereka tahu ada yang ingin mengambil berat dan membantu mereka – inilah perkara yang memotivasikan saya setiap hari. Saya percaya bahawa tidak ada seorangpun yang harus melalui perjalanan kesihatan mental mereka sendirian dan saya berharap dapat menyumbang kearah membina dunia yang lebih penyayang dan penuh empati untuk anak saya dan generasi akan datang.”

Kita bangkit dengan membantu orang lain untuk bangkit.

Robert Ingersoll

Puteri Nor Ariane Yasmin

Saya dan YAM Tengku Puteri tidak pernah merancang untuk menubuhkan Green Ribbon Group. Walau bagaimanapun, kami cukup gembira dapat menjadikan segara usaha yang kami jalankan sepanjang setahun ini dapat diformalkan, lebih-lebih lagi ketika YAM Tengku Puteri memainkan peranan sebagai Penaung Antarabangsa. Semangat rakan saya ini dalam meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental merupakan sesuatu yang cukup besar yang akan terus saya sokong. Saya percaya pada YAM Tengku Puteri dan kemampuannya untuk mewujudkan perubahan. Saya percaya pada kemampuan negara dan rakyat Malaysia untuk menyebarkan kebaikan dan kasih sayang, dan saya yakin bahawa Malaysia dapat menetapkan standard bagi pendekatan masyarakat terhadap kesihatan mental. Bagi mereka yang ingin meningkatkan tahap penjagaan kesihatan mental di negara kita, Green Ribbon Group sedia membantu anda.

May the force be with you.

Obi Wan Kenobi

Marsya Shamshul Bahari

Terdapat keperluan agar lebih banyak perbincangan mengenai kesihatan mental dapat dilakukan di negara kita, dan ini adalah sesuatu yang ingin saya lakukan melalui Green Ribbon Group. Mengapa kesihatan mental? Ia mudah – kerana saya peduli. Ketika membesar, saya cukup kagum bagaimana nenek saya menyumbang kepada kebajikan masyarakat melalui platform tempat dia bekerja. Dia tidak pernah gagal mengingatkan saya untuk bersikap baik, hormat dan sentiasa membantu orang lain selagi mampu. Secara semula jadi, saya membesar dengan harapan untuk menjadi seperti beliau dan mencontohi usaha beliau dalam membantu masyarakat. Kesihatan mental kita penting. Perubahan bermula daripada diri kita, dan saya percaya, secara kolektif sebagai sebuah masyarakat, kita boleh membuat perubahan dalam persekitaran kesihatan mental di Malaysia bersama-sama.

Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah

Lao Tzu

Maryam Johan

Salah satu kekurangan kita sebagai manusia ialah kita secara tidak sedar melabel, bersikap stereotaip dan terlalu mudah menilai. Saya rasa kita mampu menyedarkan orang ramai mengenai perkara ini. Tidak semua luka yang ada dapat dilihat. Adalah menjadi tanggungjawab moral kita untuk mengambil berat antara satu sama lain. Terutamanya mereka yang paling dekat dengan kita. Melalui Green Ribbon Group, saya bertuah dapat menyaksikan sendiri keberanian dan kesungguhan mereka untuk meningkatkan kesedaran, dan mengurangkan stigma terhadap kesihatan mental. Bersama komuniti kami, kami dapat mewujudkan perbincangan dan pendekatan kearah perubahan yang berkekalan.

Anda tidak boleh kembali dan mengubah permulaan, tetapi anda boleh memulakan dari mana anda berada dan mengubah pengakhiran.

C. S. Lewis