Menyokong peningkatan kesedaran mengenai pentingnya kesihatan mental. Kami mengumpul dana dan menyalurkan sumber sewajarnya ke tempat yang paling diperlukan. Kami bekerjasama dengan pihak berkepentingan berdasarkan demografi, segmen dan cabaran yang spesifik berkaitan kesihatan mental.
Kami yakin bahawa usaha ini akan membantu kami merapatkan jurang yang ada dalam landskap kesihatan mental di negara ini. Kami juga percaya bahawa terdapat peluang untuk Malaysia menyumbang kepada standard global dalam penjagaan kesihatan mental. Peranan YAM Tengku Puteri sebagai Penaung Antarabangsa adalah bukti terhadap usaha Malaysia dalam mengarusperdanakan isu kesihatan mental dan meningkatkan perkhidmatan sokongan untuk kesihatan mental. Kami berhasrat untuk terus berusaha memberikan yang terbaik seiring dengan pengiktirafan yang telah diberikan oleh Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan agensi-agensi lain pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.